Tajuk
yang sangat retorik!
Sempena
kedatangan Ramadhan ni, aku terpanggil untuk buat post sesuatu yang mendekatkan
kita dengan ibadat wajib harian kita iaitu solat.. Sebagai umat Islam yang
berpegang teguh pada rukun² Islam dan Iman, maka aku rasa tajuk ni sesuai untuk
kita jadikan panduan atau sekurang²nya sebagai pita pengukur..
Maybe sebab dah
dekat Ramadhan sebahagian besar kita lebih peka terhadap ibadat kita tapi ada
juga yang bertambah leka sebab terlalu taksub atau asyik dengan membeli belah
sempena menyambut kedatangan Syawal. Tapi apa yang mulia antara duanya tentunya
Ramadhan sebab pada bulan inilah nikmat atau keriangan terasa apabila datangnya
waktu berbuka dan kemeriahan berterusan dengan adanya Solat Tarawikh yang
dijalankan setiap malam.
Anyway, topic
Ramadhan InsyaAllah akan dibincangkan dalam tajuk lain kemudian hari. Aku
sebenarnya taksub dengan kemajuan (kepekaan) pihak2 berkaitan dalam hal
penyediaan surau di tempat2 awam khususnya di shopping malls. Malah lebih
memeranjatkan lagi bila tengok surau di hotel2 5 stars kini lebih cantik dari
zaman dolu2 masa aku kerja hotel (walaupun sangat jarang guna surau hotel).
Kalau kita
perhatikan, surau2 di tempat awam skrg ni lebih selesa dan menakjubkan. PLUS
Highway punya surau jangan kata lah – luas, cantek, selesa and even sejadah
yang disediakan sentiasa wangi bau soflan! Serious! Setakat ni tak pernah lagi
fail surau R&R sepanjang aku stop untuk solat. Unless ada kalian experience
surau yang kalian gunakan adalah sebaliknya. Yang hentian2 sebelah exit tu most
of it cuma gunakan pondok2 di luar tu sebagai tempat org tumpang sujud.
Alhamdulillah, takde lagi musafir yang ‘terlepas pandang’ ibadat wajib 5 waktu
tu..
Bila pergi shopping
lak, sure ada yang terlupa. Eh! Dah nak abis waktu! Eh! Nanti abis pulak baju
dkat sale MNG tu! Eh! Wayang dah nak start.. Eh! KORANG NAK KENA KAPIT RUSUK OR
TERBAKAR DALAM KUBUR KE? Pernah sekali tu aku pergi Bkt Bintang untuk beli
barang then tiba waktu Maghrib aku pun berlari2 mencari surau, tapi too bad surau
yang aku jumpa some time ago tu sangat tak praktikal.. Tempat wudhu jauh, tiada
selipar.. Sejadah lusuh dan berbau, ruang sempit dan senget.. Sebenarnya
ruangan yang disediakan tu adalah shoplot yang telah diubahsuai menjadi ruangan
surau sebab obvious sekali dgn ruangan wudhu pun perlu berjalan keluar dari
ruangan solat. Walau bagaimanapun, Alhamdulillah sebab mereka dah bina surau
baru di ruangan atas parking area.. BUT DON’T GET CONFUSE SBB I ALWAYS CONFUSE
MYSELF BETWEEN SG WANG AND BB PLAZA.. Whatever pun, surau baru dekat parking ni
lagi luas, selesa dan sangat memuaskan hati..
Surau2 di Pavillion,
KLCC or even 1U are considerably acceptable. Walaupun surau underground KLCC tu
agak sempat dan ‘wangi’ tapi kemampuan ruangan menampung bilangan jemaah yang
ramai memang membanggakan. Pavillion? Walaupun gagal memenuhi keperluan org
berkerusi roda tapi overall boleh dibanggakan. Tu la, tempoh hari bawak nenek
aku pegi sana tapi both surau tak praktikal utk wheelchair dia.. Yg atas
laluannya terlalu sempit utk wheelchair while yang di basement takde laluan
atau tempat wudhu utk org di kalangan Orang Kelainan Upaya (OKU).. 1U on the
other hand would be nice.. exactly tak ingat aras mana tapi yang pasti dia sama
level dgn entrance pd playground and chilli’s.. yes! Its a parent way to
remember locations.. Dekat dgn Playground tempat Faleeq main and Yes! Chilli’s
tempat parents nya minum sambil tunggu Faleeq main Playground.. haha LOL!
Anyway, jika
dibandingkan zaman dulu dan skrg dah banyak perubahan sihat. Dan pemikiran
Islamik modern skrg ni sgt membantu muslimin dan muslimah memenuhi kehendak dan
tumpang sujud di bangunan-bangunan yang gah tanpa perlu berfikir panjang.. Skrg
pun kalau dilihat penyatuan orang Islam di surau2 sangat menakjubkan, pasti ada
saja orang yang sudi mengimamkan solat.. Dan makmum tiada masalah untuk ikut
jemaah yang ada..
0 quickies:
Post a Comment