Tuesday, April 13, 2010

Anak....

Aku tertarik dengan apa yang aku baca di paparan EPI beberapa hari lalu..Malah, walaupun setelah membaca lebih dari sekali, paparan atau catatan EPI sangat memberi kesan kepada aku. Tajuk catatan EPI tidak bersamaan dengan apa yang aku ingin sampaikan di sini, tapi sedikit sebanyak menyentuh apa yang bermain dalam kotak kepala aku ni..

Semakin lama, makin banyak kes buang anak yang kita tengok. Laporan demi laporan dalam paparan berita sama ada tercetak mahupun langsung.. Dan lokasi pelbagai membuatkan aku sendiri terfikir, macam mana makhluk tuhan paling bodoh ni boleh terlintas nak jadikan lokasi² tu sebagai tujuan mereka. Hadapan tokong, masjid, dalam longkang, taman permainan, dalam surau dan banyak lagi..

Tiap kali wajah² anak kecil yang dibiarkan tak bernyawa tersiar di paparan televisyen, pasti hati aku sebak dan sedih. Terus aku pegang, cium anak aku yang sorg ni.. Sedih, kecewa and hampa dengan cara makhluk tuhan paling bodo skrg ni berfikir. Tak kesian ke kalian tengok anak² kecil tu terbiar, tak benyawa macam tu.. Takde ke rasa kesian yang sama kalian lemparkan bila nampak anak kucing comel terbiar di kaki lima? Bodo...! Mmg tak berhati perut...!

Selama ini aku terdetik kenapa dunia ni makin lama makin terbalik.. Anak tak lagi berkejar-kejaran nak bersama kedua orang tua.. Anak tak lagi bersilih ganti membawa orang tua keluar makan.. Anak tak lagi masakkan mereka, buatkan mereka air, hidangkan mereka.. Apa yang dijadualkan adalah pindahan wang bulanan rasanya cukup untuk masa, tenaga dan ikhtiar mereka selama ini..

Aku tau, aku pun bukan seorang anak yang baik atau sempurna. Tapi aku lagi tau, aku tak pernah tolak bila disuruh, tak pernah tidak apa yang dikata, tak pernah cit apa yang diluah.. Tapi aku manusia.. Aku tak sempurna.. Mungkin ada yang tak kena, ada yang terkata, ada yang terherdik dan sebagainya..

Macam ni la dunia.. Bila dapat anak kalian buang.. Bagi kat aku, ramai kawan aku yang masih tak beranak dan mahukan anak.. Bila orang tua dah takde kalian kejar.. Harap aku tak jadi macam kalian.. Yang bodo, tuli..

Bangunlah manusia.. Sampai bila nak mimpi ni?!?!

2 quickies:

Lady said...

betul! daripada buang, lebih baik bagi kat orang yang nak anak. bila kita renungkan balik, yang tannak anak ni, senang je proses dia nak dapat dan keluarkan anak, then sesenang je dia buang. orang yang benar2 inginkan anak, banyak pulak dugaannya.. bersyukurla seadanya~

Anonymous said...

Bronk,

Aku mmg la jahil bab anak2 sbb kawin pon aku x. Tapi aku tgk2 la kan, dh ramai sgt org kita kalau bab anak2 ni, amik mudah aje. Contoh, kalau anak perangai macam anak iblis (lompat sana sini, jerit, jatuhkan itu ini) tapi mak bapak selamba je wat dek. Paling sakit hati, mak bapak iblis ni biar je umah org hancus.

Tak pun, mak bapak dia akan kata; "Hei sudah la tu. Nampak pakcik / makcik (tetuan rumah) tu marah. Nak kena marah ke dgn diorg?" Tuan rumah plak disalahkan! Maknanya perangai anak iblis ini ok la cuma pakcik makcik tu je yg x elok.

To me la, kalau dh di bawah tu gatal sgt tapi otak masih x matured, please all to heck, pakai kondom la for heaven's sake. Perkahwinan, isteri/suami dan anak2 ni sumernya tanggungjawab berat dan besar. Sebab anak2 jugalah kita boleh diheret masuk neraka!