Friday, August 14, 2009

Pergi Tak Kembali

Photo: tribute to www.nasyeed.com

Innalillah.. masa di rumah semlm menjaga si kecik, Malaysia telah dikejutkan dengan berita pemergian salah seorang ikon Nasyid negara iaitu Ustaz Asri Ibrahim dari Kumpulan Rabbani. Beliau telah diisytiharkan meninggal dunia setelah rebah dan pengsan ketika sesi latihan di Angkasapuri pada jam 10.30 pagi.. Beliau meninggal dunia di Pusat Perubatan Pantai akibat komplikasi jantung. Beliau telah meninggalkan seorang balu dan 6 orang anak.

Dalam paparan berita malam tadi, beberapan orang rakan artis arwah telah ditemubual. Riak wajah adik beradik, isteri dan anak² arwah jelas menunjukkan ketenangan sepertimana digalakkan oleh Islam.. Walaupun bukan salah seorang peminat fanatik beliau, saya kagum dengan kebolehan kumpulan ini menyampaikan lagu nasyid dengan irama yang berbeza jika dibandingkan dengan kumpulan nasyid yang lain.. Suara arwah yang lunak menyampaikan lagu dan juga juzu' petikan ayat di dalam lagu pasti akan dirindui..

Al-Fatihah buat arwah.. Moga rohnya dicucuri rahmat dan digolongkan dikalangan orang yang beriman.. Insyallah..


0 quickies: